Para peserta sedang tekun menyiapkan suntingan tugasan.
Di panggung FINAS, menunggu scene tugasan ditayangkan.
Cikgu Adman sedang memberi komen...
Sempat lagi berposing tu...
Leka mengisi borang penilaian kursus ni!
bakal-bakal pengarah muda!
Macam tak puas berkenalan...
Ayuh... Aku dah kena nasi bungkus lokasi...
Bersama pelakon... Jeff
PEngarah FINAS bersama dengan pegawai-pegawainya.
Tuan Pengarah FINAS sedang memberi ucapan penutup.
Penyampaian sijil kehadiran.
Terima kasih tuan...
Penyampaia cenderahati untuk Cikgu Adman Salleh!
Gambar kenangan para peserta bersama En. Adman Salleh.
... temui kami dipersada seni. Bye!
Bengkel Pengarahan Filem dan drama TV bermula 10 hingga 14 November 2008 ini dianjurkan oleh FINAS bertempat di FINAS. Para peserta kebanyakannya dari badan-badan penyiaran seluruh Malaysia dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam bidang yang agak mencabar ini. En. Adman Salleh, seorang pengarah berkaliber yang pernah terkenal melalui filem Paloh dan filem-filem lain di tanah air telah mengendalikan kursus ini dengan jayanya. Sepanjang kursus selama 5 hari ini para peserta didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan dalam pembuatan filem terutamanya falsafah pembuatan filem. Mari kita lihat gambar-gambar mereka...