Want your
own Fotopage?






 
Rittzz's FotoPages

By: rittzz izwan

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Friday, 12-Dec-2008 16:59 Email | Share | | Bookmark
CUTI-CUTI MALAYSIA

Baru sampai di Sg Palas Tea.
Sudut ni ka gak.
Ladang Teh Sungai Palas.
Menarik...
Menawan...
Ungu yang sentimental...
Cuti-cuti Malaysia keluarga Rizal, Rizam, Tajul dan family adiknya, Sazali dan Ridzwan bermula pada 10 Dis 2008. Konvoi berkumpul di RnR Gurun dan memulakan perjalanan sekitar jam 10.30 pagi menuju destinasi iaitu Cameron Highland. Konvoi berhenti rehat dan makan tengah hari di Hentian Bukit Gantang.

ada sesapa tingin nak jadi kurus..??? haaa lawati http://alakampung.fotopages.com anda tak akan menyesal.. Sat 13-Dec-2008 02:49
Posted by:ina a.k.a ibu irfan  - [Link]
Add comment


Friday, 14-Nov-2008 06:48 Email | Share | | Bookmark
BENGKEL PENGARAHAN FILEM & DRAMA TV

Pertama kali menghadiri kursus seperti ini.
Di bilik suntingan video dan audio.
Para peserta sedang tekun menyiapkan suntingan tugasan.
Di panggung FINAS, menunggu scene tugasan ditayangkan.
Cikgu Adman sedang memberi komen...
Sempat lagi berposing tu...
View all 18 photos...
Bengkel Pengarahan Filem dan drama TV bermula 10 hingga 14 November 2008 ini dianjurkan oleh FINAS bertempat di FINAS. Para peserta kebanyakannya dari badan-badan penyiaran seluruh Malaysia dan mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam bidang yang agak mencabar ini. En. Adman Salleh, seorang pengarah berkaliber yang pernah terkenal melalui filem Paloh dan filem-filem lain di tanah air telah mengendalikan kursus ini dengan jayanya. Sepanjang kursus selama 5 hari ini para peserta didedahkan dengan pelbagai pengalaman dan pengetahuan dalam pembuatan filem terutamanya falsafah pembuatan filem. Mari kita lihat gambar-gambar mereka...

Care to comment?


Thursday, 30-Oct-2008 23:46 Email | Share | | Bookmark
Lawatan Penanda Arasan KIA2M di Sarawak.

Tiba di IPG Batu Lintang.
Sesi taklimat... boring ker tak?
Bertukar-tukar cenderamata.
View all 23 photos...
Unit KIA2M di bawah kelolaan Jabatan bahasa dan Sastera telah mengadakan lawatan penanda arasan ini di IPG Batu Lintang dan di Sekolah Kebangsaan Sebenban, Serian Sarawak pada 27 hingga 30 Oktober 2008. Lawatan ini diketuai oleh Tn Hj Hassan bin Harris mewakili Pengarah IPG Perlis.

Care to comment?


Tuesday, 21-Oct-2008 02:54 Email | Share | | Bookmark
Bulan Bahasa dan Sastera Negara 2008 (Dewan Bahasa dan Pustaka)

Sepanduk sambutan Bulan Bahasa dan Sastera.
Para petugas KKP turut membantu dalam rakaman gambar.
Para jemputan dari sekolah-sekolah Negeri Perlis.
View all 36 photos...
Sambutan Bulan Bahasa dan Sastera 2008 telah diadakan di IPG Perlis pada 21 Oktober 2008 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara dengan kerjasama IPG Perlis dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis. YAB Dato' Dr Md Isa Sabu selaku Menteri Besar Perlis telah dijemput untuk perasmian majlis yang gemilang ini. Majlis bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari.

Care to comment?


Thursday, 16-Oct-2008 15:29 Email | Share | | Bookmark
Kursus Pendek Kelolaan IPG Perlis: Kursus Jadual Waktu

Para peserta sesi 1.
Pulun disaat-saat akhir!
Mendengar ucapan majlis penyampaian sijil sesi 1.
View all 18 photos...
Kursus Pembinaan Jadual Waktu Berkomputer ini diadakan selama 4 hari bagi 2 sesi (13 hingga 16 Oktober 2008). Kursus dijalankan di Bilik KDP 16 di IPG Perlis. Seramai 85 peserta telah menyertai bengkel ini yang terdiri daripada Penolong Kanan Kurikulum dan juga Guru Penyelaras Jadual Waktu Sekolah. Kursus ini dikendalikan oleh Unit LDP IPG Perlis dengan kerjasama Jabatan TMK. Fasilitator yang terlibat ialah En. Ridzwan, En. Rizam dan En. Tajul Ashikin.

Mon 3-Nov-2008 23:33
Posted by:SK Sultan Sulaiman 1 rj_3482@yahoo.com
jika tiada keberatan tolong hantar Program jadual waktu sekolah Mon 3-Nov-2008 23:35
Posted by:SK Sultan Sulaiman 1 rj_3482@yahoo.com
Add comment


Saturday, 4-Oct-2008 14:49 Email | Share | | Bookmark
ALUMNI IPSAH 1978 - 2008

Menyanyi lagu nostalgia ...
Pulun nyanyi senikata haram tak ingat dah!
Sempat lagi berposing no...
View all 18 photos...
Perjumpaan Alumni 1978 - 2008 ini diadakan pada hari Sabtu 4 Oktober 2008 sempena Sambutan Hari Raya Aidil Fitri. Ramai jugak yang hadir ni ... Tau-tau sajalah dah 20 tahun tak berjumpa ... macam-macam perubahan dok ada ... Mai kita tengok gambaq depa semua!

Care to comment?


Saturday, 16-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
PERKAHWINAN HUDA & OMAR

Sementara menunggu pengantin lelaki ... posing dulu.
Dengan sepupu aku... Awas dia dah kahwin tau!
Posing puas-puas dulu!
View all 9 photos...
Kenduri besar ini diadakan pada 16 Ogos 2008 di Kampung Nelayan Kuala Perlis. Kedua mempelai berasal dari Perlis, namun situasi kerja mereka berjauhan antara satu sama lain. Walaupun jauh nun beribu kilometer dan hanya boleh dihubungkan oleh kapalterbang, mereka dapat juga disatukan! Jom tengok beberapa keping foto mereka ...

Care to comment?


Saturday, 2-Aug-2008 17:38 Email | Share | | Bookmark
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME FASA 3

Peserta-peserta yang terlibat.
Pengacara Majlis ... mungkin akan tetap dan berpencen kot!
Peserta lagi ...
View all 18 photos...
Kursus ini merupakan KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENSYARAH FASA 3. Pensyarah yang terlibat ialah mereka yang memulakan kerjaya sebagai pensyarah IPG Perlis mulai Jan 2007. Walaubagaimanapun ianya memberi peluang jugak kepada 2 orang pensyarah yang telah bekerja di siini sejak lebih 3 tahun yang lalu. Kursus ini diadakan di Jabatan Pengajian Teknikal, IPG Perlis mulai 27 Julai hingga 31 Julai 2008 (30 Julai ialah cuti umum sempena Maulidur Rasul). Jom tengok antara gambar yang sempat dirakamkan ...

Care to comment?


Tuesday, 15-Jul-2008 16:48 Email | Share | | Bookmark
ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG

Belum mula lagi ... tunggu Pengarah.
Penyambut tetamu yang comel-comel ni ...
Pilihlah ...
View all 34 photos...
Majlis ini telah diadakan pada 15 Julai 2008 jam 10.30 - 12.00 tengah hari. Alangkah meriahnya mereka yang mendapat APC tahun 2008 ni. Ala gaya-gayanya macam Anugerah Bintang Popular pulak dah la ... Antara gambar mereka yang sempat dimasukkan di sini ialah ...

Care to comment?


Wednesday, 4-Jun-2008 15:58 Email | Share | | Bookmark
Kursus Pertolongan Cemas St. John Ambulan Negeri Perlis

Kena diri khemah dulu ...
Hanya 7 orang peserta lelaki!
Dengar taklimat kursus dulu nih!
View all 63 photos...
Kursus Asas Pertolongan Cemas St. John Ambulans Malaysia Negeri Perlis telah diadakan di Pusat KoKurikulum, Timah Tasoh, Perlis pada 1 - 4 Jun 2008 (cuti sekolah). Seramai 71 peserta terlibat. Mereka dari SMK Syed Saffi, SMK Kuala Perlis, SMK Raja Muda Perempuan Tuanku Fauziah, SMK Tengku Suleiman dan SMK Abi.Walaubagaimanapun pada hari ke 2, urus setia terpaksa membenarkan 3 peserta meninggalkan kem kerana kurang sihat (biasalah bila bermalam di kem ini, ada saja yang tidak kena... nampak itulah, nampak inilah ...) Kursus ini anjuran bersama SJAM Negeri Perlis, Jabatan Pelajaran Perlis dan Pusat Ko Negeri Perlis. Kami merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua peserta dan pihak yang terlibat. Jom kita lihat aktiviti mereka ... terdapat 62 keping foto di sini!

Untuk Khidmat Perancang Perkahwinan, Andaman, Pelamin, Sewaan Kostum, etc, layari http://archa-wed.cjb.net atau hubungi - Papa Li 012-335 5881 atau Adeq 012-299 1770.

Kami berpengalaman lebih 10 tahun menyediakan khidmat wedding planner (Malay, Chinese, Indian, etc), pelamin perkahwinan, andaman pengantin, Hiasan Dewan, Fotografi, Kursus Tatarias & Grooming.



- Rakan Strategik Bersama -

SiKecik Photography Service
Photographer for - Engagement - Wedding - Events - etc -
http://sikecik.fotopages.com
Thu 5-Jun-2008 00:50
Posted by:Archa Wedding Planner  - [Link]
best gak kem .nie...
banyak knagan beb
Sat 7-Jun-2008 09:10
Posted by:risya riesyaz_vanilla18@yahoo.com
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.